Assalamualaikum,

Seperti yang saya ceritakan tempoh hari,apabila menunaikan haji,anda akan 'dihidangkan' dengan ziarah ke pelbagai tempat. Pada hari hari terakhir kami di Madinah, pihak Zahafiz menganjurkan Program Jalan Jalan Tambah Iman.

Memandangkan namanya pun jalan jalan, kami para jemaah di suruh berjalan sahaja kerana kawasan yang di bawa adalah sekitar kawasan hotel dan masjid sahaja. Jalan jalan yang insya Allah menambahkan iman. Kerana kami dibawa menziarahi tempat tempat bersejarah di sana.

Kami segerombolan jemaah sekitar 500 orang bergerak dengan memakai baju vest kuning ini. Ini bagi memudahkan pihak Zahafiz mengecam kami sekiranya ada jemaah yang tersesat.

Background Masjid Nabawi. Di kawasan luar yang semuanya dipenuhi dengan payung besar yang boleh dibuka dan tutup.

Jemaah wanita dibawa menziarahi Perkuburan Baqi dari luar. Jemaah lelaki boleh masuk ke dalam selepas solat Subuh dan Solat Asar.

Kemudian kami dibawa ke kawasan sebelah kanan masjid. Tempat inilah berlakunya mesyuarat untuk melantik Khalifah baru bagi menggantikan Rasulullah selepas Rasulullah wafat. Akhirnya, mereka sebulat suara melantik Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah yang pertama.

Masjid Ghamamah. Disinilah Rasulullah pernah menunaikan solat Hajat bagi memohon doa supaya diturunkan hujan di situ selepas waktu kemarau yang teramat panjang. Masjid ini terletak sekitar 200 meter dari Masjid Nabawi. Sebelah kanan.

Lagi gambar Masjid Ghamamah

Seterusnya kami berjalan kaki menuju ke Pasar Kurma yang terletak lebih kurang 400 meter dari Masjid Nabawi. Disebelah kanan masjid di sebelah atas.

Kami membeli belah sedikit di Pasar Kurma ini dan kemudian balik menaiki teksi ke hotel. Saya merasakan sudah penat berjalan dan tak sanggup nak jalan pulang. Walaupun jarak dari hotel ke Pasar Kurma sekitar 600-700 meter. Saya sanggup bayar SR15 kepada pemandu teksi untuk membawa kami pulang. Kerana jika saya masih berjalan, saya takut ibadah saya di waktu petang terganggu akibat kepenatan.

Saya berterima kasih kepada Prof Kamil kerana memberi satu tips yang amat berguna.

Jangan kedekut duit untuk berbelanja perkara perkara yang boleh memudahkan urusan kita untuk beribadah.

Misalnya bayaran naik teksi untuk pulang ke hotel. Walaupun jarak sekitar 600-700 meter, tapi disebabkan waktu itu sudah penat. Dan kalau berjalan juga pulang ke hotel. Takut nanti kita keletihan apabila berada di Masjid. Jalan terbaik. Gunakan wang yang di'sumbangkan' oleh orang ramai kepada kita di Malaysia dahulu untuk perkara perkara sebegini.

Mereka yang menderma kepada kita dahulu pun dapat pahala, dan kita pun dapat pahala. Kiriman 'pahala' dan doa buat mereka jauh lebih bermanfaat buat mereka di Malaysia berbanding tasbih dan minyak wangi yang kita berikan kepada mereka.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
Travelog Haji © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top