Jam 5.55 pagi, 6 Oktober 2011 seperti yang dijadualkan. Kapal terbang berlepas. Perjalanan dari KLIA ke Madinah dijangka mengambil masa 8 jam 45 minit. Satu tempoh jangka masa yang lama. Kami menaiki Kapal Terbang Saudi Airlines. Agak kecil kerana hanya memuatkan 350 penumpang. Kapal terbang 2 enjin sahaja.
Saya menunaikan Subuh di atas kapal terbang. Kami berwudhuk menggunakan botol spray yang dibekalkan oleh pihak Tabung Haji. Dan terus bersolat didalam kapal terbang secara duduk. Ada jemaah haji yang berkata, dia menunaikan solat menghormati waktu tanpa wudhuk. Dan lebih teruk lagi, ada jemaah haji yang kata mereka akan Qada' solat Subuh nanti.
Masya Allah. Saya terkejut. Berbuih mulut penceramah Tabung Haji memberi penerangan semasa kursus haji bersiri selama 17 minggu. Tetapi masih ada jemaah yang tidak menunaikan solat hanya kerana berada didalam kapal terbang. Nauzubillah.
Masya Allah. Saya terkejut. Berbuih mulut penceramah Tabung Haji memberi penerangan semasa kursus haji bersiri selama 17 minggu. Tetapi masih ada jemaah yang tidak menunaikan solat hanya kerana berada didalam kapal terbang. Nauzubillah.
Buku ini bukanlah buku haji. Tapi buku motivasi. Motivasi yang menceritakan terlalu banyak cara untuk kita berdakwah. Dan amalan amalan yang wajar kita lakukan dalam kehidupan seharian. Bahasa yang digunakan mudah. Penuh berhemah dan secara bersantai. Apabila sekali anda membacanya, pasti anda tidak boleh berhenti sehingga anda menghabiskannya...
Prof menceritakan bagaimana sejarah hidup beliau yang terdahulu. Pengalaman beliau melihat kisah hidup orang lain banyak memberi motivasi kepada beliau untuk berubah. Beliau menceritakan bagiamana beliau boleh 'berdakwah' dengan cara yang amat mudah. Yang kita semua juga boleh lakukan. Tapi kesannya amat besar apabila kita lakukan.
Saya pasti sesiapa sahaja yang membaca buku ini akan tersentuh hati mereka. Mereka pasti akan terasa betapa rugi hidup ini sekiranya kita tidak menggunakan kesempatan yang Allah berikan ini untuk beramal ibadah kepada Nya.
Hidup ini pendek sahaja, sekiranya kita tidak menggunakan masa yang singkat ini. Kita pasti akan menyesal untuk tempoh masa yang lama di akhirat kelak. Di akhirat, kita pasti menyesal. Mengapa semasa hidup aku tidak menggunakan segala ruang yang Allah berikan untuk beramal ibadah. Lebih baik menyesal disini daripada kita menyesal di sana. Nauzubillah.
Kalau diminta saya memberi 'rating'. Saya akan memberi 5 bintang. Kerana terlalu banyak pengajaran yang boleh saya ambil dari pengalaman Prof yang diceritakan dalam buku tersebut.
Ini komen oleh mereka yang pernah membaca buku ini:
TDMHE mengupas hampir kesemua persoalan itu, berdasarkan pengalaman peribadi seorang hamba Allah bernama Prof. Dr. Haji uhd Kamil Ibrahim. Sebagaimana bukunya yang terdahulu, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, buku ini juga mengundang pelbagai perasaan. Penulisan yang disertai dengan roh dan keinsafan serta ketakutan (takut dikatakan riyak, sombong dan angkuh) benar-benar menyentuh perasaan bagi sesiapa yang melihat dengan mata hati.
-Norhayati binti Ramlee, Wartawan MIDI.
Aturan ayat dan frasa kata yang mudah, tetapi menyentuh dan terkesan adalah jalinan cerita persis teguran sayang dan ajakan kasih kepada pembaca yang betul-betul tulus berfikir dan mengambil iktibar.
-Che Zuina Ismail,
Universiti Teknologi MARA, Johor.
Penceritaan bersahaja yang disampaikan secara tidak langsung mencabar minda kita supaya bersama-sama menyumbang dalam usaha meneguhkan lagi kefahaman berhubung Islam di mana juga kita berada.
-Imran Abdullah,
Paris, Perancis.
Kalau boleh, saya minta semua pembaca blog ini membeli buku ini. Ada diskaun 15%. Boleh beli di http://www.bookcafe.com.my/en/islam-and-spiritual/ibadah-dan-kehidupan-harian/travelog-dakwah-meniti-hari-esok.html
Terlanjur anda beli buku ini, beli sekali buku Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman versi Terkini ( Warna Oren ) dan buku 50 Tips Motivasi Haji dan Umrah. Diskaun 25%. Memang terbaik dan murah membeli disini.
Sekali sekala, mengalir air mata saya ketika membaca buku ini. Yang pasti, buku ini memberi keinsafan kepada saya. Alhamdulillah. Terima kasih Prof. 9 jam di atas kapal terbang terasa singkat. Tidak memenatkan dan tidak menjemukan.
Video ketika dalam bas di Airport Madinah
Apabila kita keluar sahaja melepasi imigresen, passport kita perlu diserahkan kepada wakil TABUNG HAJI di situ. Ini bagi mengelak para jemaah terhilang passport sekiranya menyimpan passport itu sendiri. Di Tanah Suci, Kad Tabung Haji akan menjadi pengganti passport kita. Dan kita hanya akan melihat kembali passport itu pada hari kita berangkat pulang, ketika berada di airport.
"Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah ini sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke rumah Mu. Jauhilah kami dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya Allah."
Alhamdulillah. Keratan doa di atas yang saya baca sejak di Malaysia nampaknya dimakbulkan Allah. Segala urusan dipermudahkan. Dan tiada kesulitan buat kami sekeluarga.
Saya bersyukur. Teramat bersyukur. Kerana kami ditempatkan di tingkat 2 daripada jumlah keseluruhan 12 tingkat.
Sekadar berkongsi dengan anda semua, bilangan lif yang terdapat di dalam hotel ini amat terhad. Jika dibandingkan dengan bilangan jemaah yang menginap di hotel ini. Teramat tidak selesa untuk menaiki lif.
Kebiasaannya, lif akan sesak apabila orang baru balik dari Masjid selepas solat waktu dan semasa hendak turun ke masjid. Dan, saya tidak merasai masalah ini kerana saya boleh menggunakan tangga untuk naik dan turun. Syukur kepada Allah. Allah dah beri yang terbaik kepada kami sekeluarga.
Insya Allah, selepas ini saya akan menceritakan mengenai Keistimewaan Madinah. Wassalam
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.