Assalamualaikum,

Dunia yang luas terasa kecil.

10 tahun lepas, saya mengenali Abang Dahaman Ishak. Di University of Sheffield, UK. Kami mula berkenalan disana. Ketika itu, saya di tahun kedua, beliau datang ke UK untuk menyambung pengajiannya dalam bidang phd, bahagian Machine Design. Electrical Engineering.

Kami dalam bidang yang sama. Cumanya, saya membuat degree dan beliau membuat phd. Memandangkan 'course' kami sama. Beliau banyak membantu saya dalam pelajaran. Beliau turut menjadi tutor kepada kami semasa Tutorial. Ditambah pulak, Final Year Project yang saya buat sama dengan projek dia. Alhamdulillah. Beliau banyak memudahkan kerja saya. Terima kasih Abang Dahaman.


Gambar kenangan pada tahun 2001. Abang Dahaman, sebelah kiri. Dan saya berbaju biru. Itulah saya 10 tahun lepas. ( Kepada warga Sheffield, ayuh teka. Dimana gambar ini diambil? )

Masa berlalu. Saya balik ke Malaysia pada tahun 2003 dan beliau pulang ke Malaysia sekitar tahun 2006 selepas berkerja di sana beberapa tahun. Ditakdirkan Allah, kami bertemu lagi. Beliau tinggal berhampiran dengan rumah saya. 10 minit perjalanan menaiki kereta. Beliau bertugas di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan. Walaupun tinggal berhampiran, kami jarang berjumpa.

Dan sekarang, beliau dipilih oleh Allah untuk bertugas di Universiti Taibah, Madinah selama setahun. Allah memberi rezeki kepada mereka sekeluarga untuk tinggal di bumi Madinah.

Di Madinah, kami bertemu pada malam pertama saya di sana. Saya terlebih dahulu menghubungi beliau untuk bertemu selepas solat Maghrib, berhampiran tandas 11A. Dan, kami bertemu lagi di sana. Alhamdulillah.

Dari kanan: Bapa mertua saya, Saya, Dr Dahaman, Kak Ain dan anak mereka

Lagi gambar kami berempat
.
Alhamdulillah, sungguh tidak disangka dapat berjumpa beliau di sana. Beliau turut menunaikan haji pada tahun ini bersama isteri dan anak sulung mereka.
.
Beruntungnya mereka dapat menetap di bumi Madinah, walaupun untuk tempoh satu tahun cuma. Semoga, tempoh satu tahun itu dimanfaatkan oleh mereka semua dengan sebaiknya.
.
Kepada Dr Dahaman dan keluarga, moga kita berjumpa lagi apabila pulang ke Malaysia nanti. Insya Allah. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

 
Travelog Haji © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top