Assalamualaikum,

Setelah menerima tawaran menunaikan haji. Pihak Tabung Haji memberikan BUKU KESIHATAN JEMAAH HAJI kepada saya. Saya perlu membuat check up.

Jika di Hospital Kerajaan. Ia percuma. Tetapi, saya kesuntukan masa. Saya perlu lakukannya di Klinik Swasta. Perbelanjaan yang diperlukan sekitar RM175 seorang. RM100 untuk vaksin Menigitis dan RM75 untuk pemeriksaan kesihatan.

Pada masa ini, saya tidak boleh memikirkan pasal wang. Berapa pun bayaran perlu dibayar. Duit boleh dicari. Tetapi peluang untuk menunaikan haji hanya datang sekali. Kelewatan menyiapkan laporan kesihatan boleh membantutkan usaha saya untuk menunaikan haji tahun ini.

Pada pengamatan saya, mereka yang terlebih awal mendapat surat tawaran menunaikan haji bolehlah melakukan pemeriksaan di hospital kerajaan secara percuma. Tetapi, bagi kes seperti saya yang terlalu lewat mendapat surat tawaran. TIADA PILIHAN. Melainkan terus ke klinik swasta untuk mendapat laporan kesihatan dalam kadar segera.

Pada hari ini, bersedia lah anda untuk dicucuk. Anda akan dicucuk sebanyak 3 kali. Masya Allah. Alhamdulillah saya bukan jenis yang takut kena cucuk. Jadi, tiada masalah bagi saya.

Alhamdulillah. Lulus dan layak untuk pergi menunaikan haji. Doktor ambil darah untuk check jenis darah. Saya dah cakap, darah saya jenis O+. Dia tak percaya... Dah kena cucuk.
.
Vaksin Menigitis amat penting untuk mengelak jemaah terkena jangkitan penyakit berjangkit ketika berada di Tanah Suci.

Semasa berjumpa dengan doktor. Doktor berkata kami berdua jemaah yang paling muda yang datang ke klinik dia untuk tahun ini. Dia menasihatkan kami, sebagai jemaah muda untuk mengambil peluang bagi membantu jemaah tua yang uzur apabila berada di sana nanti. Insya Allah. Akan cuba saya usahakan.

BUKU KESIHATAN adalah PASSPORT KEDUA anda. Anda TIDAK AKAN BOLEH MELEPASI IMIGRESEN di Jeddah atau Madinah sekiranya tidak membawa BUKU KESIHATAN. Jadi, ia penting dan jagalah ia seperti anda menjaga PASSPORT ANDA.

Selain itu, buku kesihatan ini juga akan menjadi rujukan para doktor apabila anda mendapat rawatan di Klinik Malaysia di Tanah Suci nanti.

Wassalam

1 comments:

  1. salam, boleh sy tahu semasa mengerjakan haji ada tak masalah haid.Ada ambil apa-apa pil?

    ReplyDelete

 
Travelog Haji © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top