Assalamualaikum,

10 hari di Madinah bagaikan terlalu pantas berlalu. Pejam celik pejam celik dah habis. Kami perlu berangkat ke Mekah. Destinasi haji kami yang seterusnya.

Alhamdulillah, saya berjaya bersolat secara penuh dengan imam sebanyak 40 waktu. Dan sentiasa menunaikan solat jenazah dan solat solat Sunat Awwabin. Alhamdulillah. Boleh dikatakan ini sebagai 'mengecas' bateri saya untuk lebih kuat beribadah di Mekah nanti.

Memandangkan ini entry terakhir saya berkaitan Madinah, saya akan tunjukkan gambar gambar menarik di sekitar Masjid Nabawi dan Bumi Madinah yang tidak sempat saya masukkan dalam entry entry terdahulu.

Pintu keluar dari Raudhah ke hadapan Masjid. Cantik sungguh seni ukirannya.

Inilah warna karpet Raudhah. Hanyak di Raudhah karpet berwarna hijau muda ni. Di tempat tempat lain karpetnya berwarna merah.

Disinilah tempat terletaknya rumah sahabat yang Nabi tumpang semasa baru tiba di Madinah. Semua penduduk Madinah mahu Rasulullah tumpang di rumah mereka. Untuk mengelak mereka berkecil hati, Rasulullah telah memutuskan untuk tumpang di rumah dimana unta yang ditungganginya berhenti. Dan di sinilah unta baginda berhenti. Rasulullah menumpang rumah ini sementara membina rumahnya sendiri.

Pintu Jibril

Di sinilah tempat bilal azan. Dia akan naik ke atas mihrab ini untuk azan.

Di sinilah yang dikatakan bekas tapak rumah Saidina Abu Bakar. Berdekatan dengan Pintu Abu Bakar.

Di sinilah dikatakan bekas tapak pintu rumah Saidina Abu Bakar.

Semasa zaman pemerintahan Rasulullah, masjid dikatakan sehingga saiz ini sahaja. Dalam kawasan inilah beribu ribu wahyu dan ayat Al Quran diturunkan kepada Rasulullah. Bayangkan, betapa barakahnya tempat ini. Jadi, janganlah kita bersolat di saf saf belakang. Marilah kita sama sama berusaha untuk bersolat di saf saf hadapan setibanya di Madinah nanti.

Pintu Jibril. Disinilah pintu di mana Malaikat Jibril keluar dan masuk Masjid Nabawi untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah. Anda boleh lihat pintu yang bernama Babul Jibril.

Lagi gambar Babul Jibril

Pemandangan Masjid Nabawi dicelah celah hotel untuk laluan kami ke Masjid

Gambar di Masjid Quba. Masjid yang dibina atas dasar takwa. Sesiapa yang berwudhuk di rumahnya dan kemudian ke Masjid Quba dan menunaikan solat sunat di situ, pahalanya seperti mengerjakan umrah. Jadi, pastikan kita berwudhuk ketika di hotel sebelum ke Masjid Quba.

Gambar di dalam Masjid Quba.

Sempadan Tanah Halal dan Tanah Haram. Hanya orang Islam dibenarkan memasuki Tanah Haram. Orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk bagi menjaga kemulian Tanah Haram.

Jabal Rummah, tempa tentera Islam pasukan memanah bertahan ketika berperang dalam Perang Uhud. Peperangan yang mengorbankan 70 orang tentera Islam.

Nampak tak, tentera Islam sedang memanah tentera musuh di bawah bukit. Gambar lakonan semula.


Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah Peperangan Uhud, Sila Klik : http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Uhud

Di sinilah terletaknya Makam Shuhada Uhud seramai 70 orang. Antaranya Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi Muhamad.

Ketika Perang Uhud, badan Rasulullah luka dan berdarah dan darah baginda meleleh terjatuh ke atas batu tempat Rasulullah berehat. Kesannya, sampai hari ini tempat ini berbau wangi. Subhanallah. Hebatnya kekuasaan Allah yang mampu mewangi batu itu walaupun ia berlaku 1400 tahun dahulu.

Di sinilah terletaknya istana Raja Saudi apabila beliau menziarahi Madinah. Besarnya. Subhanallah.

Inilah sahaja penceritaan saya mengenai pengalaman saya ketika menunaikan haji baru baru ini di Madinah. Insya Allah, entri entri yang berikutnya akan menceritakan perjalanan saya dari Madinah ke Mekah.

Semoga Allah permudahkan urusan saya berkongsi dengan para pembaca.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
Travelog Haji © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top