Assalamualaikum,

Salah satu program yang telah diatur oleh pihak Zahafiz kepada kami para jemaah ialah Jalan Jalan Tambah Iman sekitar Masjidil Haram. Kami akan dibawa untuk ditunjukkan tempat tempat bersejarah di sekitar Masjidil Haram.

Memandangkan nama program ini pun jalan jalan tambah iman, kami semua para jemaah perlu berjalan di sekitar Masjidil Haram.

Bagi saya, ia satu program yang amat baik. Kerana kami diceritakan dengan agak detail tentang tempat tempat bersejarah di sekitar Masjidil Haram.

Apa yang pasti, anda akan semakin teruja apabila pergi ke Masjidil Haram apabila mengetahui peristiwa peristiwa yang telah berlaku di tempat yang anda lalui ketika itu. Bila anda lalu, anda pasti akan terbayang peristiwa bersejarah yang telah berlaku 1400 tahun yang lalu.

Di sinilah tempat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Sekarang ia dijadikan perpustakaan. Dan dengar khabarnya tempat ini akan dirobohkan bagi pelebaran masjid dan pembinaan hotel baru. Ia terletak di sebelah Bukit Marwah.

Di sinilah bekas tapak rumah Abu Jahal. Sekarang ia dijadikan tandas. Bersesuaian dengan status Abu Jahal yang amat anti Islam pada waktu dulu.

Di sinilah terletaknya bekas tapak rumah Saidatina Khadijah Binti Khuwailid. Isteri pertama Rasulullah.

Jabal Abu Qubais - Tempat dimana Nabi Ibrahim a.s. menyeru umat manusia menunaikan haji setelah membina Kaabah. Dan diatas bukit inilah Rasulullah s.a.w membelah bulan. Sekarang dijadikan Istana Raja Saudi. Ia terletak diluar masjid bersebelahan kawasan Saie.

Disinilah tapak Masjid Kucing yang sudah dirobohkan. Di sinilah juga tempat di mana Rasulullah memacak bendera kemenangan Islam setelah berjaya menawan kembali kota suci Mekah dari tangan orang kafir.

Ketika tiada umat manusia yang ingin beriman kepada Rasulullah, disinilah pokok berjalan datang kepada Rasulullah dan menyatakan keimanan kepada Rasulullah.

Masjid Jin - Tempat di mana jin pertama memeluk Islam


Terdapat banyak burung merpati di Mekah yang berterbangan disekitar kawasan Masjidil Haram. Bayangkan Masjidil Haram direka supaya tiada tempat bertenggek burung merpati di dalam masjid. Kesannya, burung merpati tidak masuk ke dalam Masjidil Haram. Hebat tak...

Disinilah bersemadi Saidatina Khadijah - wanita dan manusia pertama yang memeluk Islam. Dikatakan pokok ini tidak pernah mati dari dulu sehingga sekarang..Subhanallah

Babul Fatah. Rasulullah memasuki Masjidil Haram melalui pintu ini setelah menawan kota Mekah.

Hotel Hilton - Zam Zam Tower - Al Safwa Tower

Tapak rumah Saidina Umar Al-Khattab

Tapak rumah Saidina Abu Bakar

Bukit Safa yang terletak di dalam Masjidil Haram. Berbetulan dengan Hajarul Aswad. Disinilah bermulanya ibadah Saie. Pada zaman dahulu, Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah untuk mencari air buat anaknya Nabi Ismail. Ketika Nabi Ismail menendang-nendang tanah, terpancut lah air zam zam. Disinilah sejarah Mekah bermula.

Batu di Bukit Safa.

Bukit Marwah. Tamat Saie pusingan ke 7 di sini.

Di tapak tiang inilah malaikat Jibril mengikat buraq semasa peristiwa Israq Mikraj.


Berdekatan tapak inilah Rasulullah dibedah jantungnya sebelum dibawa naik ke Israk Mikraj.

Tapak kaki Nabi Ibrahim di Makam Ibrahim.

Pintu Kaabah

Tempat imam menunaikan solat. Dibarisan pertama dihadapan Kaabah.

Pancur Emas. Terletak di dalam Hijir Ismail

Batu Hajarul Aswad

Tempat imam menunaikan solat. Lihat terdapat banyak mikrofon di situ.

Para petugas sedang menyiapkan tempat imam sebelum kedatangan imam.

Pintu Kaabah yang diperbuat daripada emas seberat 280kg bernilai SR13 juta. Disebelah kiri pintu kaabah terletaknya Multazam.

Hotel tempat kami tinggal. Yang kini hanya menjadi kenangan. Kerana ia sudah pun dirobohkan bagi memberi ruang kepada pembesaran kawasan masjid. Kami merupakan jemaah terakhir yang tinggal di hotel ini.

Saya berharap, selepas anda membaca entri ini. Anda akan lebih teruja untuk pergi menunaikan Haji atau Umrah. Teruja untuk menziarahi Masjidil Haram lagi dan lagi. Tempat yang penuh keberkatan dan penuh rahmat.

Semoga sekiranya anda dapat menjejakkan kaki ke tempat ini, anda dapat merasai sendiri sejarah sejarah penting yang berlaku 1400 tahun dahulu di sekitar masjid. Semoga perasaan cinta kita kepada agama kita semakin memuncak. Insya Allah.

Anda suka entri kali ini? Anda suka gambar gambar ini? Maka ucapkanlah terima kasih kepada sahabat saya, Haji Azmi Mohd Nazran yang mengambil semua gambar gambar ini.

Mari kita doakan semoga Allah memberkati usaha yang dilakukan oleh Haji Azmi Mohd Nazran ini.

Sekian. Wassalam

2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian. Rasa tak sabar sabar lagi untuk ke sana nanti...

    ReplyDelete

 
Travelog Haji © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top