Sepanjang berada di Tanah Suci, pihak Zahafiz sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para jemaah. Bagi memastikan perjalanan haji yang sempurna, mereka sentiasa berusaha untuk memberikan ilmu kepada kami para jemaah.
Maka tidak hairanlah jika mereka membawa bersama mereka 6 orang Ustaz dan Ustazah bagi membimbing kami. Ustaz Shamsudin, Ustaz Salehudin Nasir, Ustaz Halim Nasir dan Ustaz Rahim Nasir, Ustaz Rashid dan Ustazah Masirah.
Hampir setiap hari ketika kami di Mekah, mereka mengatur program pengisian untuk memastikan kami benar benar faham dengan perjalanan haji kami. Agar kami tidak melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya.
Pengalaman mereka yang luas benar benar membantu dalam memberi penerangan kepada kami.
Pada peringkat awal, mereka membuat program ceramah selepas waktu Isyak. Iaitu sekitar jam 8.30 malam - 10.00 malam. Sebenarnya, jadual yang mereka atur ini 'bertentangan' dengan jadual waktu saya. Kalau diikutkan jadual waktu peribadi saya, jam 9 malam saya perlu tidur. Kerana saya bercadang untuk bangun awal pagi. Sekitar jam 1.30 pagi.
Maka, saya hanya memilih ceramah ceramah yang penting sahaja untuk dihadiri. Jika saya tidak dapat hadir ceramah ceramah lain, saya akan bertanya kepada mak mertua saya perkara perkara penting untuk dijadikan panduan.
Selepas itu, pihak Zahafiz menukar waktu ceramah mereka kepada jam 8.00 pagi setiap hari. Sekali lagi, ini juga waktu tidur untuk saya. Kerana selepas bangun sekitar jam 1.30 pagi dan terus pergi ke masjid pada jam 2.00 pagi, dan hanya pulang dari masjid sekitar jam 6.00 pagi. Saya perlu sedikit rehat pada waktu itu.
Jadi ada juga beberapa ceramah yang saya 'termiss'. Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan pihak Zahafiz. Mereka atur program untuk umum. Maka orang ramailah yang perlu menyesuaikan jadual waktu mereka dengan program yang Zahafiz atur.
Secara keseluruhannya, bagi saya penerangan mengenai haji yang disampaikan oleh para ustaz amat jelas. Saya amat faham mengenai perjalanan haji daripada penerangan penerangan mereka. Alhamdulillah, segala asas asas haji yang telah dipelajari sejak di Malaysia memudahkan saya memahami apa yang diajar secara detail di sana.
Datuk Zainal Abidin Bin Yusuf, pengerusi Zahafiz sendiri turut memberi penerangan kepada kami semua para jemaah.
Para jemaah mendengar ceramah yang sedang disampaikan di lobi hotel.
Iklan yang ditampal di dalam lif untuk kemudahan para jemaah mengetahui perancangan pihak Zahafiz
Jadual aktiviti kami di Mekah
Taklimat melontar Jamrah Kubra dan pada hari hari Tasyriq oleh Ustaz Samsudin Sidek
.
Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada pihak Zahafiz yang mengatur segala program untuk kami. Jutaan terima kasih kepada para ustaz yang tidak jemu jemu mencurahkan ilmu buat kami. Segala jasa baik para ustaz dibalas oleh Allah diakhirat kelak.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment