Saya pergi menunaikan haji pada 6 Oktober 2011. Kalau hendak dikategorikan, saya termasuk dalam golongan yang pergi dalam Penerbangan Awal. Saya di KT21.
Saya tiba di Madinah dahulu sebelum ke Mekah.
Apa yang ingin saya ceritakan pada kali ini adalah mengenai keadaan jemaah haji yang semakin hari semakin ramai tiba di Masjidil Haram. Dari segi pengalaman para jemaah haji, setiap orang akan mempunyai pengalaman yang berbeza. Bergantung bila mereka pergi. Mereka yang pergi dengan penerbangan awal tidak sama dengan mereka yang pergi dengan penerbangan akhir.
Saya dan ahli jemaah dari kumpulan KT21 tiba awal di Mekah. Pada hari hari pertama kami tiba di Mekah, saya dapati keadaan di Masjidil Haram masih kurang sesak. Nak dikatakan lengang, tak juga. Ini kerana sudah ramai jemaah yang tiba lebih awal dari kami di Masjidil Haram ini.
Pada peringkat awal saya tiba di Masjidil Haram, keadaan masih lengang seperti ini.
Di dataran Kaabah juga tidak terlalu sesak pada hari hari pertama saya di Mekah
Para peringkat awal, saya tidak menghadapi banyak masalah. Agak mudah untuk melakukan tawaf sunat. Agak mudah untuk mendapat tempat bersolat di dataran Kaabah. Segala galanya agak mudah kerana para jemaah haji masih ramai yang belum tiba di Mekah.
Jika saya hendak melakukan Umrah Sunat. Ia agak mudah. Tidak sukar untuk ke Tanaim. Tidak sukar untuk tawaf. Tidak sukar untuk saie. Masih banyak ruang ruang terdapat di Masjidil Haram.
Namun, setiap hari berlalu saya dapat merasai penambahan jemaah di Masjidil Haram. Kalau hendak di anggarkan, setiap hari penambahan sekitar 50000 - 80,000 jemaah baru tiba di Masjidil Haram.
Semakin tiba hari untuk melakukan ibadah haji, jemaah semakin memenuhi Masjidil Haram. Dan saya semakin terasa kesesakan di masjid ini sekitar seminggu sebelum hari wukuf. Pada waktu ini, kami para jemaah sudah sukar untuk melakukan tawaf sunat. Sudah sukar untuk mendapat tempat di dataran Kaabah. Semakin sukar untuk melakukan umrah sunat.
Pada waktu ini, saya sendiri sukar untuk mendapat tempat untuk berdoa di Multazam. Apa yang dapat saya perhatikan adalah para jemaah semakin berebut untuk melakukan yang terbaik.
Bukan
sahaja di tingkat bawah yang penuh. Ini gambar di tingkat atas masjid.
Tempat yang tidak berbumbung. Namun, disini pun kawasan dipenuhi dengan
jemaah. Agak sukar untuk saya mencari tempat untuk bersolat di sini.
Kesesakan
di tingkat atas turut berlaku apabila semakin hampir dengan hari Wukuf.
Padawaktu ini, hampir 3 juta orang sudah memenuhi Mekah dan tertumpu di
Masjidil Haram.
Bagi mengatasi masalah kesesakan ini, saya terpaksa memikirkan cara bagaimana saya mahu melakukan yang terbaik untuk saya. Saya terpaksa keluar lebih awal dari hotel untuk ke Masjid. Pendek kata, jika saya mahu bersolat di dataran. Saya perlu ke masjid lebih awal dari mereka yang datang awal.
Saya sangkakan pada waktu ini, orang sudah ramai di Masjid. Rupa rupanya, masih belum cukup ramai. Waktu kemuncak yang paling ramai di Masjidil Haram adalah pada 10-12 Zulhijjah. Saya akan tunjukkan gambar keadaan padat yang teramat sangat dalam entri entri selepas ini.
Gambar
orang ramai mula keluar dari Masjid selepas solat Isyak. Anda kata ini
ramai? Tunggu, saya akan tunjukkan nanti gambar yang lebih sesak dan
padat berbanding gambar ini.
Kesesakan ditempat Saie menjelang hari wukuf.
Kesesakan di bahagian masjid bawah tanah
Kesesakan di dataran Kaabah sehingga perlu dikawal oleh pihak polis.
Mereka
yang bertawaf sunat sekitar seminggu sebelum hari wukuf. Pada waktu
ini, tawaf 7 pusingan pasti dan pasti mengambil masa lebih dari 1 jam.
.
.
Inilah kesesakan yang terpaksa dihadapi oleh para jemaah di Masjidil Haram seminggu sebelum hari Wukuf.
Semoga para pembaca mendapat sedikit gambaran mengenai keadaan di Masjidil Haram sekitar seminggu sebelum hari wukuf. Semoga sedikit ilmu ini dapat dijadikan panduan untuk kita semua.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment