Assalamualaikum,

19 November 2011. Tarikh kami dijadualkan berangkat pulang ke Malaysia. Kami ada terdengar ada kapal terbang yang terdahulu daripada kami yang kena 'delay'. Dan para jemaah terkandas di Madinatul Hujjaj.

Pada malam sebelumnya, pihak Zahafiz meminta kami yang akan berangkat pulang untuk meletakkan beg di lobi hotel. Ini bagi mengelak para jemaah terkandas di lif jika semua keluar pada waktu yang sama di sebelah pagi.

Inilah beg beg para jemaah haji yang akan pulang ke Malaysia. Jika anda perhatikan, semua beg diikat. Ini bagi mengelak barang yang dibawa daripada 'terburai' keluar semasa proses mengangkat.

Datuk Zainal kata, kalau beg tu pecah bukan sebab beg tak berkualiti. Tapi sebab jemaah isi terlalu berat beg tu. Kata kata Datuk tu ada kebenarannya. Beg saya sendiri pun berat.

Jam 7 pagi, kami mula menaiki bas yang sedia menunggu di tepi hotel

Beg beg kecil dikumpulkan dibahagian belakang bas. Dalam keadaan begini, eloklah jika beg anda mempunyai tanda khas seperti ada diikat dengan tali, riben atau sebagainya. Asalkan ia jelas membezakan beg anda dengan beg orang lain.

Para jemaah mengambil tempat di dalam bas.

Bas menuju ke Madinatul Hujjaj. Tempat para jemaah berkumpul sebelum ke King Abdul Aziz International Airport

Kami tiba di Madinatul Hujjaj. Ia seperti asrama ketika di sekolah dahulu.

Para jemaah mengambil beg masing masing selepas turun dari bas.

Pemandangan di luar Madinatul Hujjaj. Kawasan ini berpagar dan anda tidak boleh keluar dari sini. Kami seolah olah dipenjara di sini.

Keadaan di dalam asrama di Madinatul Hujjaj. Katil dua tingkat. Bagi jemaah yang muda. Marilah kita sama sama prihatin dengan jemaah yang lebih tua. Kita duduklah ditingkat atas.

Di sebelah petang, kami menimbang beg kami. Setiap jemaah dibenarkan membawa 30kg sahaja. Jika lebih berat, dendanya adalah SR25 bagi setiap kilogram lebihan.

Ada jemaah dalam kumpulan saya ini yang membawa 80kg barang. Kesannya dia terpaksa membayar denda SR1250. Namun, amat dukacita sekali. Dia dengan bangganya bercerita kepada orang lain yang dia 'kautim' dengan orang timbang. Tak perlu bayar denda. Bayar duit 'rasuah' sahaja kepada orang itu.

Masya Allah. Kalau dibumi Arab lagi dah berani bagi rasuah. Agak agak kat Malaysia macam manalah. Adakah ini haji yang kita kehendaki? Nauzubillah.

Kami sekeluarga sudah menimbang beg dari hotel lagi. Jumlah beg kami semua memang tidak melebihi muatan yang dibenarkan.

Kami makan malam seketika. Satay pun ada. Secucuk dijual SR1.20. Mahal dan tak sedap. Makan ajalah.

Pemandangan di Madinatul Hujjaj yang sunyi sepi sekitar jam 1o malam

Jam 4.30 pagi, kami semua mula menaiki bas untuk ke lapangan terbang.

Saya bergambar dengan Prof Mahmud.

Kami tiba di lapangan terbang. Para jemaah sedang beratur untuk mengambil passport masing masing daripada pihak Tabung Haji.

Keadaan di lapangan terbang. Di sini ada jemaah haji yang tidak menunaikan solat Subuh. Masya Allah. Bila saya tanya, "Tak pa lah. Saya tak boleh bersolat." Malangnya jemaah lelaki yang kata macam ni.

Saya dan Maria yang sedang berbaris untuk cop passport
Para jemaah yang sedang beratur.

Setelah pasport di cop, kami terpaksa menunggu untuk pemeriksaan bagasi di kawasan berlepas.

Pemandangan di kawasan pemeriksaan bagasi.

Kami sekeluarga bergambar di kawasan menunggu untuk berlepas.

Inilah Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah.

Para jemaah beratur menaiki pesawat

Saya sebelum menaiki pesawat.

Makanan yang dihidangkan di dalam pesawat.

Jam 2.15 pagi waktu Malaysia, kami tiba di KLIA. Alhamdulillah. Kapal terbang tiba seperti yang dijadualkan.

Maria dan Mak bergerak ke tempat mengambil beg.
Di tempat mengambil beg. Di sinilah kami para jemaah dihadiahkan air zam zam sebanyak 5 liter bagi setiap jemaah. Terima kasih Tabung Haji.

Ini sahaja beg saya dan Maria.

Jam 3.00 pagi, Kak Aza menjemput saya di KLIA. Pada malam itu, kami bermalam di rumahnya di Shah Alam. Sekitar jam 8.00 pagi, saya dan Maria berangkat pulang ke Parit Buntar. Saya terpaksa 'drive' sendiri pulang ke Parit Buntar dalam keadaan keletihan.

Sehinggakan, saya tertidur sekitar 2-3 saat ketika memandu. MasyaAllah. Syukur Allah selamatkan saya. Tiada apa apa yang berlaku.

Sekitar jam 1 tengah hari, kami tiba di rumah. Di sambut oleh anakanda kami. Muhammad Farees yang dah terlalu rindu kepada kami.
Wajah Farees yang penuh ceria bersama umminya.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
Travelog Haji © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top