Assalamualaikum,

Bukan mudah untuk berada berhampiran dengan imam Masjidil Haram. Di mana saja beliau berada, hampir 10 orang polis akan mengawal beliau. Tidak ada seorang jemaah pun yang dapat menyentuh atau bersalam dengan beliau.

Biasanya, beliau hanya akan turun ke dataran Kaabah apabila betul betul sudah mahu menunaikan solat fardhu. Beliau akan terus menuju ke hadapan Multazam sambil diiringi oleh pegawai polis.

Jika di Arab Saudi, Imam Masjidil Haram ini sudah setaraf dengan jawatan Menteri di Malaysia. Sebab itulah kawalan keselamatan kepada beliau amat tinggi. Jadi, janganlah kita berkecil hati jika kita tidak dapat bersalam dengan beliau. Bayangkan berapa ribu orang beliau perlu bersalam jika semua jemaah mahu bersalam dengan beliau.

Maka, kawalan keselataman yang maksimum diperlukan untuk menjaga keselamtan beliau.

Tahukah anda, setiap kali solat fardhu, sekitar 6-10 orang pengawal akan berada di sekeliling imam. Mereka ini tidak bersolat ketika orang lain menunaikan solat Fardhu. Mereka berdiri di sekitar 20 kaki dari tempat solat imam. Ini bertujuan mengelak dari orang menyerbu atau menggangu imam semasa sedang bersolat.

Alhamdulillah, sepanjang saya berada di sana. Tidak ada perkara perkara yang tidak diingini berlaku di sana.

Karpet merah itu adalah tempat imam menunaikan solat. Pihak polis sudah berkawal di sini walaupun imam belum datang lagi ke sini.

Tempat imam bersolat. Lihat mikrofon yang digunakan beliau.

Saya lihat, setiap kali solat Fardhu, sheikh yang sama akan bertugas menyediakan karpet dan mikrofon ini. Seronoknya jika bertugas ditempat beliau.

Selepas selesai bersolat, imam akan keluar ke tempat solat jenazah pula. Diiringi oleh pihak polis. Semasa saya berada di laluan ini, ada seorang jemaah yang meluru hendak bersalam dengan imam. Namun, pihak polis yang berada di hadapan imam dengan pantas memegang jemaah ini dan menolak ke tepi dengan begitu kasar.

Lihatlah berapa pengawal yang berada di belakang imam
Lagi gambar imam yang sedang dikawal pihak polis.
.
Jika anda berpeluang ke Mekah, carilah ruang untuk melihat wajah imam Masjidil Haram secara terus. Saya pasti anda akan dapat melihat pancaran keimanan di wajah mereka.
.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
Travelog Haji © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top