Perhatikan Carta Ini. Selepas Melontar di Jamrah Kubra, saya melakukan ibadah yang seterusnya iaitu Bercukur.
Saya
boleh memilih untuk menggunting rambut di kawasan Jamrah, namun saya
tidak mahu bergunting. Saya mahu mencukur keseluruhan rambut saya. Ia
lebih afdhal.
Jika anda
perhatikan carta aliran pekerjaan haji di atas ini, anda dapat
perhatikan bahawa selepas melontar di Jamrah Kubra, saya akan bercukur
dan memperoleh Tahallul Awal. Seterusnya, saya perlu bergerak ke Mekah
untuk melakukan ibadah Tawaf & Saie.
Bunyinya macam mudah. Saya perlu bergerak ke Mekah dari Jamrah.
Selepas berjalan dari khemah ke Jamrah sejauh 2.5km, saya perlu bergerak dari Jamrah ke Masjidil Haram di Mekah pula.
Berjalan kaki sejauh 4.5km. Jika anda tanya adakah ia jauh. Ya, ia memang jauh. Namun bila anda berjalan secara berkumpulan, Alhamdulillah. Ia tidak memenatkan dan tidak terlalu jauh.
Dan lagi satu, perjalanan 4.5km berjalan kaki ini menurun bukit hampir keseluruhan perjalanan. Maka ia tidaklah terlalu memenatkan.
Perjalanan ini mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Kami semua bergerak secara berkumpulan ke sana. Sekitar 200 orang jemaah Zahafiz yang memilih untuk melakukan haji dengan cara ini.

Perjalanan ke Mekah dari Jamrah juga melalui terowong. Hampir 80% perjalanan adalah di dalam terowong. Dan terowong ini sehala.
Saya tiba di Mekah sekitar jam 2-3 pagi. Saya terus mencari kedai untuk mencukur rambut. Bagi memperoleh Tahallul Awal.
Saya
tiba di kedai di kawasan Masjidil Haram dan terus bercukur. Masa musim
umrah, harga cukur adalah SR10. Pada musim haji, harganya SR20. Namun,
pada hari itu harganya adalah SR30.Saya tiba di Mekah sekitar jam 2-3 pagi. Saya terus mencari kedai untuk mencukur rambut. Bagi memperoleh Tahallul Awal.
Masya Allah. Cekik darah betul kedai gunting rambut ini. Namun, setelah saya menawar, mereka mengenakan caj SR20 kepada saya.
Apapun, saya tidak kisah. Walau SR100 sekalipun, saya akan tetap membayar untuk bercukur. Ini kerana saya hanya berpeluang untuk bercukur sekali seumur hidup dalam ibadah haji. Saya mahu lakukan yang terbaik.
Ini kerana Rasulullah mendoakan rahmat dan pengampunan sebanyak 3 kali kepada mereka yang bercukur berbanding mereka yang bergunting. Ganjaran ini tidak boleh dilepaskan.
Nasihat saya kepada para jemaah haji, TOLONGLAH. JANGAN SAYANG RAMBUT ANDA KALI INI. TOLONGLAH BERCUKUR. JANGAN SEKADAR BERGUNTING RAMBUT. TERLALU BESAR GANJARANNYA BUAT MEREKA YANG BERCUKUR. TERLEPAS PELUANG INI, TAK TAHU BILA LAGI KITA AKAN DAPAT MENUNAIKAN HAJI.
Cukur rambut hanya mengambil masa sekitar 5 minit untuk selesai. Ketika hendak mula bercukur, berdoalah "Ya Allah, Kau gugurkanlah dosa ku sebanyak mana gugurnya rambut ku pada hari ini."
5
minit. 'Lapang' kepala saya sekali lagi. Ini adalah kali kedua saya
bercukur selepas bercukur kali pertama semasa menunaikan Umrah wajib
tempoh hari.
Alhamdulillah. Kini saya sudah selesai Rukun Haji yang seterusnya iaitu Bercukur. Memandangkan saya sudah pun melontar di Jamrah Kubra dan Bercukur, maka saya sudah memperoleh Tahallul Awal.
Selepas ini, saya sudah bebas dari segala pantang larang ihram melainkan 3 perkara yang melibatkan wanita.
Selepas bercukur, saya sudah boleh memakai baju biasa, Sudah boleh memakai minyak wangi, sudah boleh memotong kuku dan segala larangan yang tidak boleh dilakukan sebelum ini.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment