Untuk makluman kita semua, setiap kali solat Fardhu, pasti akan ada solat jenazah di Masjidil Haram. Kebiasaannya, solat jenazah akan bermula sekitar 5 minit selepas solat Fardhu. Ini bagi memberi ruang imam untuk bergerak ke tempat solat jenazah.
Saya ingin menekankan sekali lagi, jika ada peluang. Janganlah kita melepaskan peluang untuk bersolat jenazah di sini. Tahukah kita, pahala bagi orang yang menunaikan solat jenazah adalah sebesar Bukit Uhud. Bukit yang terbesar di Madinah.
Dan bersolat di Masjidil Haram adalah 100,000 kali ganda berbanding bersolat di tempat lain. Cuba bayangkan pahala 100,000 x Bukit Uhud. Banyak ganjaran pahala yang Allah tawarkan untuk kita. Maka, janganlah kita lepaskan peluang untuk menunaikan Solat Jenazah di sini.
Setiap kali solat Fardhu, ada sekitar 5-10 mayat yang disolatkan secara serentak. Mayat akan diletakkan disekitar kawasan Rukun Yamani.
Orang
ramai berebut untuk mengangkat jenazah. Pahala bagi mereka yang
mengangkat jenazah ke kubur adalah satu lagi pahala sebesar Bukit Uhud
.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment