Assalamualaikum,

Sebelum saya memulakan travelog perjalanan haji saya, eloklah jika saya berkongsi dengan para pembaca mengenai kisah perjalanan haji yang dilakukan Rasulullah dan para sahabat dahulu.

Pada tahun 10 hijrah, Rasulullah SAW mengisytiharkan untuk menunaikan fardhu haji dan memerintahkan kaum muslimin membuat persiapan untuk menunaikannya. Setelah tersebar berita tersebut maka berpusu-pusulah umat Islam dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab dtg berhimpun ke Madinah utk turut serta mengerjakan ibadat haji bersama baginda.

Mereka terlalu ghairah menantikan saat untuk sama-sama melihat dan mencontohi cara Baginda menunaikan haji kerana Baginda adalah sebaik-baik contoh. Khemah-khemah dipasang di sekitar Kota Madinah

Pada 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah , saat yg dinanti-nantikan pun tiba. Baginda dan isteri-isterinya memulakan perjalanan yang amat bersejarah itu yang diikuti oleh sektiar 100,000 para sahabat. Mereka berangkat dengan penuh semangat, keimanan dan keikhlasan menuju Baitulah di bawah pimpinan manusia teragung Muhamad SAW.

Setibanya di Zulhulaifah (Bir Ali), rombongan tersebut berhenti dan bermalam di itu. Keesokannya mereka memakai pakaian ihram dan menuju ke Baitullah di Makkah dengan laugan talbiah yg penuh semangat.

Laugan talbiah dari ratusan ribu umat islam bergema membelah lembah dan bukit-bukau di sepanjang perjalanan menuju Makkah.

Apabila mereka berhenti di setiap persinggahan untuk solat atau berehat, mereka mengumandangkan talbiah sebagai tanda ketaatan dan kesyukuran kepada Allah SWT

Pada hari ke 4 Zulhijjah, rombongan tersebut tiba di Makkah. Rasulullah S.A.W mengetui umat Islam menuju ke Kaabah. Rasulullah S.A.W istilam (menyentuh dengan tangan atau pengantara seperti tongkat) Hajarul Aswad dan mengucupnya,

Lalu mengerjakan tawaf 7 pusingan. 3 pusingan pertama dengan berlari-lari anak.

Setelah melakukan solat sunat tawaf 2 rakaat di belakang Makan Ibrahim A.S Baginda kembali ke kaabah dan mengucup Hajarul Aswad sekali lagi.

Seterusnya Baginda menuju ke Bukit Safa untuk Melakukan Saei di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.

Pada hari Tarwiyah iaitu 8 ZulhijjahRasulullah S.A.W mengetui rombongan haji Menuju ke Mina. Baginda berada selama sehari di Mina dan menunaikan solat Zohor,Asar,Magrib,Isyak dan Subuh.

Selesai sahaja solat subuh pada hari 9 Zulhijjah ketika matahari sedang memancarkan cahayanya, pada waktu Dhuha, baginda bersama rombongan memulakan perjalanan menuju ke Arafah dengan menunggang untanya al-Qaswa.

Ratusan ribu umat islam mengikut Baginda sehinggalah sampai ke Arafah. Di Namirah (sebelah timur Arafah) Khemah telah siap didirikan utk Baginda

Apabila mulai gelincir matahari (masuk waktu zohor) baginda dan kaum muslimin lain berhimpun di Wadi Uranah (berhampiran Arafah) seterusnya menyampaikan khutbah, yang dikenali dengan Khutbah Perpisahan.

Setelah selesai menyampaikan khutbah, baginda memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan
Azan dan Iqamah.

Baginda bersama kaum muslimin menunaikan solat Zohor dan Asar secara Jamak dalam waktu Zohor.

Selesai solat, Baginda pun segera menunggang untanya ke kawasan lereng Jabal Rahmah untuk berwukuf.

Pada waktu itu Rasulullah S.A.W membacakan firman Allah S.W.T Surah al-Maidah : ayat 3
Maksudnya : "

“Pada hari ini aku telah sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah aku cukupkan kepada mu nikmatku dan telah aku redahai Islam itu sebagai agama bagi mu”

Mendengar ayat yang dibaca , Saidina Abu Bakar R.A terus menangis, kerana merasa risalah Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W telah selesai dan hampir tiba saat perpisahan dengan Baginda mengadap Allah .

Setelah selesai menyampaikan ayat tersebut, Rasulullah S.A.W duduk berwukuf mengadap kiblat sehingga waktu Magrib. Kemudian Baginda meneruskan perjalanan menuju ke Mudzalifah.

Tiba di Mudzalifah, Baginda menunaikan solat jamak takhir Magrib dan Isyak dalam waktu Isyak.

Selesai saja solat, baginda berbaring hingga terbit fajar lalu menunaikan solat Subuh dan selepas itu meneruskan perjalanan menuju Masya’ir Haram di mana Baginda berhenti mengadap kearah kiblat, dan berdoa mengagungkan Allah dan mentauhidkan-Nya.

Baginda Rasulullah berangkat menuju ke Jamrah Kubra di Mina lalu melontar dengan 7 biji anak batu. Setelah itu, Rasulullah kembali ke khemah.

Di sana , Baginda telah menyembelih 63 ekor unta, setiap seekor untuk satu tahun umurnya dan baki dari jumlah 100 ekor unta yang dibawa dari Madinah dan Yaman disembelih oleh Saidina Ali R.A.

Baginda meminta untuk mengambil sepotong daging dari setiap unta tersebut lalu dimasak, maka baginda dan Saidina Ali R.A memakan dan menghirup kuahnya.

Kemudian Baginda pun bercukur.

Selepas itu, Rasulullah S.A.W berangkat menuju Baitullah untuk mengerjakan Tawaf Rukun dan solat zohor di sana. Selesai saja solat, Baginda pun meminum air zam-zam lalu menuju ke Bukit Safa utk memulakan saie hinggalah selesai.

Kemudian Rasulullah S.A.W kembali semula ke Mina untuk melontar Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra pada hari-hari tasrik iaitu 11,13,13 Zulhijjah serta mabit di sana sehinggalah selesai kerja melontar dilakukan.

Sebelum Rasulullah S.A.W dan umat islam yang lain meninggalkan Makkah, mereka mengerjakan Tawaf Wada' sebagai tanda perpisahan dan penghormatan kepada Baitullah.

Dengan Tawaf Wada' tadi, maka selesailah peristiwa bersejarah yang dilalui oleh ratusan ribu umat islam dan mereka mulai berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing. Rasulullah dan para sahabat berangkat menuju Madinah.

Tidak lama selepas peristiwa itu, Rasulullah S.A.W pun wafat menemui Allah S.W.T

Begitulah peristiwa penting yang berlaku dalam perjalanan haji junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W

Semoga kisah ini memberi sedikit gambaran kepada kita mengenai perjalanan haji yang dilakukan oleh Rasulullah.

Wassalam

Nota: Kisah ini saya peroleh di dalam internet. Sekiranya terdapat percanggahan fakta, harap mereka yang arif dapat memperbetulkan.

0 comments:

Post a Comment

 
Travelog Haji © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top