Assalamualaikum,
Beberapa hari sebelum kami menunaikan Haji, dikesempatan ruang dan waktu yang ada pihak Zahafiz telah membuat ziarah luar sekitar kawasan Mekah. Ini kali ketiga kami dibawa menziarahi kawasan kawasan menarik sekitar Mekah.
Untuk ziarah kali ini, antara tempat menarik yang akan dibawa adalah lawatan ke ladang unta, kemudian ke Masjid Hudaibiyah di mana Perjanjian Hudaibiyah dibuat. Seterusnya kami di bawa ke Muzium Dua Masjid dimana semua peralatan-peralatan yang pernah digunakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi terdapat di Muzium ni.
Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program ziarah tambahan ni.

1) LADANG UNTA
Kami para jemaah diberi penerangan oleh Mutawif yang bertugas.Unta yang sedang 'exercise'.
2) MASJID HUDAIBIYAH
3) MUZIUM DUA MASJID
Selepas
berniat Umrah di Masjid Hudaibiyah. Kami dibawa ke Muzium. Muzium Dua
Masjid yang terletak tidak jauh dari Masjidil Haram. Sekitar 15 minit
perjalanan menaiki bas. Terdapat pelbagai artifak menarik sejarah dari
Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Jika anda ke Mekah, jangan lepaskan
peluang untuk mengikuti lawatan ini. Pelbagai bahan sejarah dapat anda
saksikan.
Lawatan seterusnya ziarah ke Muzium Dua Masjid
Replika bangunan Masjidil Haram yang baru.
Gambar Masjidil Haram yang lalu.
Rekabentuk Pintu Masjidil Haram dahulu.
Salah satu kepala tiang Masjidil Haram
Gambar Masjidil Haram dahulu
Pancur Emas ini pernah digunakan di Kaabah dahulu
Perigi Telaga Zam Zam dahulu.
Penutup ini pernah digunakan sebagai 'cover' batu Hajarul Aswad
Bukit
ini pernah menangis semasa Rasulullah mahu berhijrah dari Mekah ke
Madinah. Bukit pun sayang kepada Rasulullah. Kalau kita tidak ada
perasaan sayang kepada Rasulullah. Tak tahulah nak kata apa.
Abu
Jahal sebelum mati telah terkena sejenis penyakit yang misteri. Di
bukit inilah dia diasingkan dan kemudiannya dia mati di sini.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.