Assalamualaikum,

Jika diperhatikan pada carta di atas. Saya sekarang sudah melakukan Mabit di Mina pada 11 Zulhijjah dan pada sebelah malam, sekitar jam 12 malam. Saya mula bergerak untuk melakukan Wajib Haji yang seterusnya iaitu Melontar Di Jamrah Kubra.Masa melontar di Jamrah Kubra bermula pada awal pagi 10 Zulhijjah dan berakhir sebelum masuk waktu Maghrib 13 Zulhijjah.

Dan masa paling afdhal untuk melakukan ibadah ini adalah pada waktu Dhuha 10 Zulhijjah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat semasa mereka mengerjakan haji pada tahun ke 10 Hijrah.

Saya memilih untuk melontar pada waktu malam selepas Mabit di Mina pada 11 Zulhijjah adalah kerana bersama saya ibu bapa saya dan Maria. Dan yang paling penting, saya turut membawa Pak Cik Tajudin yang berkerusi roda bersama saya pada waktu itu.

Selepas Mabit di Mina pada 11 Zulhijjah, iaitu berada di Mina pada separuh malam. Kami para jemaah haji mula bergerak ke Jamrah untuk ibadah melontar.

Mula keluar dari kawasan khemah secara berkumpulan sekitar jam 12 malam
Kami para jemaah perlu berjalan kaki dari khemah di Mina ke Jamrah. Perjalanan sekitar 2.5km yang mengambil masa sekitar 45 minit. Dan kami akan melalui terowong Muassim ini untuk ke Jamrah. Memandangkan kami para jemaah pergi melontar pada waktu malam. Keadaan dalam perjalanan kami amat lancar dan lengang.

Kami sekumpulan jemaah Zahafiz
Melontar pada waktu malam amat menjadi pilihan bagi pihak Tabung Haji kerana pada waktu ini agak lengang berbanding melontar pada waktu siang. Mereka yang berkeluarga dan uzur juga digalakkan melontar pada waktu malam.

Namun, ingin saya tekankan. Masa yang terbaik untuk melakukan ibadah ini adalah pada waktu dhuha. Maka sesiapa yang sihat dan mempunyai fizikal yang kuat, berdoalah kepada Allah untuk pergi melontar pada waktu ini. Namun, bersiap sedia untuk berhadapan dengan jutaan jemaah yang turut melontar pada waktu itu.

Selepas keluar dari khemah, kami sudah mula nampak tempat Jamrah. Kalau anda perhatikan, ada bendera merah kuning di hadapan itu. Pihak Zahafiz menyediakan 3 orang petugas yang membawa bendera Zahafiz ini. Seorang akan memegang bendera di hadapan kumpulan. Satu di bahagian tengah. Dan seorang lagi petugas memegang bendera di belakang.

Kami para jemaah perlu berjalan di antara tiga bendera ini agar tidak tersesat. Alhamdulillah. Bagi saya ia amat membantu.
Jemaah wanita semuanya memakai Vest Zahafiz. Namun kami para jemaah lelaki masih perlu memakai kain ihram. Bergerak secara berjemaah ini tidak meletihkan. Bahkan, anda tidak merasai penat pun berjalan 2.5km ini. Tiba tiba sahaja dah sampai.
Maria, mak dan abah yang bergerak ke tempat melontar.

Semakin hampir sampai ke tempat jamrah. Bendera Malaysia, Indonesia dan Singapura kelihatan di sini.
Ini adalah hotel VVVVVVIP yang terletak di sebelah tempat melontar. Rasanya Datuk Seri Najib duduk di hotel ni masa menunaikan haji baru baru ini. Hotel yang cantik dan indah ini hanya digunakan 3 hari dalam tempoh setahun. Waktu lain, hotel ini lengang.

Anak panah laluan yang hendak di pilih. Ada 5 tingkat keseluruhannya.

Tempat melontar jelas kelihatan di hadapan kami. Bersyukurlah, kerana sekarang tempat melontar dah ada 5 tingkat. Begitu mudah untuk melontar sekarang berbanding melontar 10 tahun lepas.

Mula masuk ke bangunan tempat melontar.

Saya dan Maria bergambar dalam kawasan Jamrah.

Apabila masuk ke kawasan Jamrah, kita akan bertemu dengan Jamrah Ula, kemudian Jamrah Wusta dan kemudian Jamrah Kubra. Memandangkan saya perlu melontar di Jamrah Kubra, saya tidak boleh melontar di 2 jamrah yang pertama.

AWAS !!! JANGAN TERSILAP MELONTAR. KERANA JIKA MELONTAR DI JAMRAH YANG SALAH. IBADAH INI TIDAK SAH.

Kami para jemaah Zahafiz bergerak berkumpulan. Beginilah keadaan sebenar di dalam kawasan Jamrah.
Ini Jamrah Kubra. Kami perlu melontar di sini.

Keadaan agak lapang pada waktu malam. Agak mudah untuk melontar di kawasan ini. Alhamdulillah. Ibadah melontar saya berjalan lancar di Jamrah Kubra dengan lontaran 7 biji anak batu.

Tersenyum sesudah melakukan ibadah melontar.

Lagi gambar saya dan Maria di kawasan melontar. Saya pinjam bendera Zahafiz dari petugas yang memakai baju oren dibelakang itu.

Anak panah terus bagi mereka yang hendak ke Mekah. Dan ke kanan bagi mereka yang mahu pulang kembali ke khemah. Pilihan di tangan anda.

Alhamdulillah. Selesai tugas saya melakukan ibadah Wajib Haji ini. Iaitu melontar di Jamrah Kubra.

Insya Allah. Bersambung lagi dalam episod seterusnya.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
Travelog Haji © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top